Tuesday, 19 April 2016

Hanya dengan hati

Berikan sepatah kata untuk dirasai...
simpan segala keresahan walaupun pahit,

hati mengapa perlu bersedih tatkala
semuanya sedang bergembira setia,

Apakah cinta buatmu trluka?
Dimana dirimu yg dlu?
Kemana hilangnya?

Tepuk hati,tanyakan segala pintu dimana dirinya yg sebenar...
ini dirimu ingin kembali...kita bina kembali brsama

Walaupun ia rasa tidak sama lg...tidak mengapa...

Titipkan doa brsama segala air mata dalam tadahan doa dengan tangan yang hina sehinanya...

Jadikan kisah silam sebagai kehidupanmu yang dulu...lalu bangun letakkan tangan di dada terus jalan demi mengejar cinta yang sebebar dan rasa yang telah lama hilang...

Kerna sangat indah jika cinta kerna Dia sang pencipta mula berputik..

Salam musafir

Friday, 15 April 2016

Walau Seketika ku akui akan kehadiranmu 😔



Tanpa aku sedar, sebenarnya sudah ramai yang aku bertemu dalam jangka usia yang sudah aku miliki dan di antara mereka ada yang mampu untuk berkongsi suka dan duka, ada yang hanya menjengah di kala ketawa dan ada pula yang mengambil berat tanpa diduga.

 Semua itu adalah sebahagian watak yang sudah hadir atau yang bakal hadir menjadi penyeri jalan cerita hidup aku sepanjang terhembusnya nafas yang dikandung nyawa.

Sejak lahir ibu adalah kawan aku yang akan menjaga dan melayan kerenah aku sepanjang usia aku yang belum tahu akan apa-apa.

Ibu adalah kawan,sahabat,rakan yang senantiasa mengambil tahu perihal aku tentang makan,minum,pakai,keperluan dan kehendak kita yang semakin hari semakin bertambah sehinggalah usia aku menjengah 5 atau 6 tahun walhal sampai bila-bila akan tetapi ketika itu sahaja yang aku menganggap bahawa ibu adalah sahabat dan rakan kita.

Menjengah usia di tadika, aku berjumpa
dengan mereka yang baru, persis keadaannya seperti aku yang mana dari segi umur dan tingkah laku. Ibu perkenalkan mereka kepada aku dengan istilah kawan atau rakan yang mana boleh diajak bermain bersama dan berkongsi barang dengan mereka. Aku menggelar mereka kawan kita disebabkan mereka yang selalu berjumpa dengan aku walhal aku lupa akan kawan aku yang pada mulanya siapa.

Masa kian berganjak dan aku meniti pula di usia persekolahan. Di alam sekolah rendah aku mengenal lebih banyak kawan dan rakan yang mana melupakan aku kepada mereka yang aku telah kenal sewaktu di alam tadika. 

Kawan di sekolah rendah adalah kawan yang mengajar aku akan keseronokan dan kegembiraan tentang sesuatu permainan yang menjadikan aku gembira untuk sesuatu tempoh sementara. Kita juga menganggap mereka adalah rakan kita.
Sesudah 6tahun menempoh persekolahan rendah maka berganjaklah aku ke alam menengah. 

Sewaktu di usia menengah aku mula mengenal akan istilah baru di dalam persahabatan iaitu erti ‘sahabat’. Sahabat ialah ungkapan kita bagi mereka yang selalu berada bersama kita untuk berkongsi suka dan duka tetapi tak ramai sebenarnya betul-betul mengetahui akan maksud tersebut dan hanya menterjemahkan mengikut keadaan tertentu sahaja. 

Segala yang dilalui sepanjang tempoh menengah dengan mereka yang sentiasa bersama aku,aku menganggap mereka ialah sahabat aku dan aku amatlah yakin bahawa mereka akan setia di samping aku sehingga akhirnya dek kerana pemikiran aku yang sudah semakin pra-dewasa. Walhal cabaran dan dugaan dunia belum aku lihat sepenuhnya maka kerana itulah aku membuat anggapan sedemikian.

Apabila makin dewasa, barulah aku sedar akan sebenarnya kawan ini kebanyakannya hanya singgah sebentar di dalam hidup kita dan tak semua yang akan tetap bersama kita selamanya. Seandainya kita punyai mereka yang masih setia bersama kita walau pelbagai cabaran dan dugaan yang melanda, maka hargailah mereka kerana mereka adalah penyeri yang mana telah ataupun bakal menyerikan lagi perjalanan hidup kita yang mendatang. 

Terima kasih sahabat, rakan, kawan yang pernah hadir dalam hidup aku, sesungguhnya hidup aku akan sunyi tanpa korang semua ibarat highways yang tiada papan tanda.

**aku sayang semua sahabat aku..

hasil nukilan "TintaSepi"