Friday, 1 September 2017

Untuk dia🌻

Tenang angin membelai wajah,
Rambut ditolak angin,
Senyum diwajah,

Tapi fikiran masih berfikir,
Berfikir diatas perjalanan
Bagaimana ingin menjaga bunga kesayanganku,

Masih terasa kekurangan diri,
Masih terasa apakah pantas aku buatmu,
Masih terasa sempurnakah aku buatmu,
Adakah hidupku akan mewarnai dirimu,

Tekanan permikiran membuatkan aku memikirkan ini semua buatmu,
Maafkan aku,kerna membebankan diri untuk ini,
Inilah lelaki,selalu hilang dalam bayang sendiri,

Bertapa aku berfikir itu dan ini,
Untuk dia yang menerima aku seadanya,
Terima kasih diatas ini,
Terima kasih aku tidak pernah habis,
Tidak pernah,

Berdoa selalu kita ditemukan hingga ke syurgaNya yang indah,
Lalu kita bina mahligai kekal didalamnya,
Seindah-indah mahligai yang kita tidak pernah ada didunia ini,
Dan engkau lah bidadari yang akan selalu berada disampingku.🚶

Korban

22 tahun aku hidup diatas muka bumi ini,
hari raya korban tahun ini membuatkan aku berfikir sejenak mengenai hari ini,
seorang ayah ibrahim dan anaknya ismail dalam kemuncak ketaqwaan kepada Sang pencipta.

Menurut kisah ini,cukup menggambarkan kepada aku bertapa luasnya kesabaran yang telah dilalui oleh kedua-dua nabi Allah dalam mentaati perintah Sang pencipta.
Ini memberikan sejuta satu makna pengorbanan,iaitu :

Cinta,
Pengharapan,
Kasih sayang,
Kesabaran,
Tanggungjawab,
Kesetiaan,

Dan pelbagai lagi nilai yang tidak dapat aku jelaskan lagi,tapi itu perlu kau fikirkan,
begitu pun aku masih mahu mendalami perkara ini dengan sebenar-benarnya,

Bukan hanya melakukan korban semata-mata tanpa mengetahui nilai yang telah ada didalam peristiwa itu.

Semoga Tuhan memberikan keikhlasan diatas ibadah korban yang telah kita lakukan dan membuka pemikiran dalam menghayati peristiwa tersebut.

Salam aidil adha buat semua🌻

Daripada aku,
Luqman // pelajar tahun akhir diploma kejururawatan UiTM.