Friday, 1 September 2017

Korban

22 tahun aku hidup diatas muka bumi ini,
hari raya korban tahun ini membuatkan aku berfikir sejenak mengenai hari ini,
seorang ayah ibrahim dan anaknya ismail dalam kemuncak ketaqwaan kepada Sang pencipta.

Menurut kisah ini,cukup menggambarkan kepada aku bertapa luasnya kesabaran yang telah dilalui oleh kedua-dua nabi Allah dalam mentaati perintah Sang pencipta.
Ini memberikan sejuta satu makna pengorbanan,iaitu :

Cinta,
Pengharapan,
Kasih sayang,
Kesabaran,
Tanggungjawab,
Kesetiaan,

Dan pelbagai lagi nilai yang tidak dapat aku jelaskan lagi,tapi itu perlu kau fikirkan,
begitu pun aku masih mahu mendalami perkara ini dengan sebenar-benarnya,

Bukan hanya melakukan korban semata-mata tanpa mengetahui nilai yang telah ada didalam peristiwa itu.

Semoga Tuhan memberikan keikhlasan diatas ibadah korban yang telah kita lakukan dan membuka pemikiran dalam menghayati peristiwa tersebut.

Salam aidil adha buat semua🌻

Daripada aku,
Luqman // pelajar tahun akhir diploma kejururawatan UiTM.


No comments:

Post a Comment