Tuesday, 24 October 2017

ayat al-quran untuk kita

Pentadabburan kita kepada al-quran bukan untuk kepentingan kita,mahupun kepentingan agama kita sahaja,

Kegunaan pentadabburan al quran itu MESTIlah perlu lah direfleksikan kepada diri dan agama kita kembali,

Sejauh mana kita mendalami al quran untuk kebaikkan agama kita??

Menggunakan ayat-ayat Allah untuk diri kita,
Lalu menyalahkan orang yang tidak memeluk agama kita,

Itu bukan lah keutamaan, dan jatuh salah atas pandangan yang lainnya,

Yang menjadi keutamaan ialah merefleksikan kembali ayat Allah kepada orang yang berada didalam agama Allah ini,

Membetulkan diri lalu memulihkan kembali lobang-lobang tahi agamawan yang menggunakam agama atas kepentingan diri,

Kecelakaan melanda ummat,

Pentadabburan ayat al quran dengan sebenar-benarnya akan membetulkan kesilapan diri dan menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat sekeliling,

Lalu mendambakan kerinduan tuhan,
Meluahkan segala keresahan jiwa kepada yang esa,

Tuhan ampunkan kami.🚶

Friday, 20 October 2017

Ada terasa tiada

Bermulanya dugaan,
Aku terus kuat,
Menghayunkan kaki,
Mencampakkan ego,
Mengheret diri,
Demi kepentingan kita bersama,
Lalu ku depani realiti,
Realiti kehidupan penuh onar,
Cinta aku,
Masih ada,
Rasa aku,
Masih ada,
Tetapi apakah,
Kau merasakan,
Seperti yang ku rasa?,
Kau biar hatiku,
Kau biar diriku,
Aku sepi,
Kau tidak menjadikan aku,
Sahabat karibmu,
Tunanganku,
Kekasihku,
Penemanku,
Aku buat kau semua seperti diatas untuk kau,
Tetapi kau lain,
Malah,
Kau gembira,
Tanpa menghiraukan aku,
Kau telah lukai aku,
Kau tidak menjadi,
Seperti apa yang diperlukan,
Bintang kepada malam,
Mentari kepada siang,
Aku harap kau baca ini,
Untuk kehidupan kita selepas ini,

Semoga tuhan menjaga cinta kita wahai sayangku,ameen.🚶

Aku terus bermusafir.🚶

Monday, 16 October 2017

Lelaki bukan harapanmu

Sedar dari lenaku,

Aku lelaki bukan harapanmu,
Aku bukannya lelaki yang berhati seperti yang kau harapkan,

Aku bukannya lelaki yang ada rupa parasnya,
Cuma debu permusafiran melitupi tubuh badanku,

Aku bukanlah lelaki yang mengetahui erti cinta,
Kerna permusafiranku,ku bersendirian,

Aku bukan lelaki harapanmu,
Punya harta selautan untuk memberikanmu kemewahan kehendak hati,

Aku bukannya lelaki harapanmu,
Pangkat sehingga menampakkan gah disini sana,

Aku bukanlah lelaki harapanmu,
Yang mampu membuatkan mu ketawa sepanjang masa,
Mahupun sepanjang hayatmu,

Aku hanya musafir,
Mencari makna cinta,
Mencari makna setia,

Aku hanya lelaki yang punya perancangan,
Perancangan entah kukuh ataupun tidak,
Mengharapkan bantuan,

Kesetiaan aku yang ku ada,
Tidak dijual beli,
Hargai aku,
Cintailah aku apa adanya aku,

Maka kau tahu,
Aku bukannya lelaki harapanmu.🚶

Monday, 9 October 2017

Selamat hari tua musafir

Pejam celik,
22 tahun aku hidup,
Menikmati serta menempuhi segalanya didunia ini,
Aku berterima kasih,
Terima kasih aku tidak berpenghujung,
Sampai aku mati,
Terima kasih aku tidak akan pernah habis untuk mereka yang hadir,
Hadir membantu aku dalam menjalani liku kehidupan ini,bersama-sama mengorbankan diri memijak duri kebinasaan dunia ini,
Lalu semua itu menjadikan aku seorang manusia,
Manusia yang mengenal erti kehidupan,mengenal erti cinta,mengenal apanya sebenarnya makna kehidupan,

Allah maha besar,
Allah maha pengasih,

Sumpah aku terhutang budi diatas jasa kalian,sungguh.🚶

Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa kalian.😇

"Manusia berguna datangnya dari minda berjaya"

Selamat hari tua musafir.🚶

Teruskan bermusafir kepadaNya,
Kematian semakin hampir ,
Perbaiki diri,
Terus berbakti.😇

Friday, 6 October 2017

kecintaan

Kecintaan datang dari jiwa,
Tanpa dipaksa hala tujunya,
Siapa dia,
Sejarah apa pun dia,
Kecintaan wajib ada,

Pemilihan disampaikan melalui rasa,
Rasa yang istimewa,
Pelik sekali rasanya,
Adakala Kau tenang,
Adakala kau sakit,

Itu yang membuatkan aku bingung,
Mungkin itulah rasa sebenarnya cinta,
Tuhan menyampaikan rasa itu,
Kepada setiap insan,
Untuk menghidupkan lagi dunia,
Lalu mempelbagaikan lagi rasa cinta,

Lalu aku tulis ini dengan rasa cinta didada,
Untuk membuahkan satu kata yang tiada nilai disisi setiap manusia yang lain,
Melainkan dia juga merasakan apa yang aku rasa.🚶