Bermulanya dugaan,
Aku terus kuat,
Menghayunkan kaki,
Mencampakkan ego,
Mengheret diri,
Demi kepentingan kita bersama,
Lalu ku depani realiti,
Realiti kehidupan penuh onar,
Cinta aku,
Masih ada,
Rasa aku,
Masih ada,
Tetapi apakah,
Kau merasakan,
Seperti yang ku rasa?,
Kau biar hatiku,
Kau biar diriku,
Aku sepi,
Kau tidak menjadikan aku,
Sahabat karibmu,
Tunanganku,
Kekasihku,
Penemanku,
Aku buat kau semua seperti diatas untuk kau,
Tetapi kau lain,
Malah,
Kau gembira,
Tanpa menghiraukan aku,
Kau telah lukai aku,
Kau tidak menjadi,
Seperti apa yang diperlukan,
Bintang kepada malam,
Mentari kepada siang,
Aku harap kau baca ini,
Untuk kehidupan kita selepas ini,
Semoga tuhan menjaga cinta kita wahai sayangku,ameen.🚶
Aku terus bermusafir.🚶
No comments:
Post a Comment