Wednesday, 18 April 2018

::Kerna aku pemuisi dan pencinta ::

Hakikat yang membawa terus aku kesini,
memikirkan bertapa sakitnya kehilangan,
aku tidaklah mudah untuk hakikat sebesar ini,

Allahu,

Masih berfikir,
aku hanya debu yang ditolak angin,
tidak tahu hala tujunya,
aku juga hanya daun yang dipetik,
bila-bila masa sahaja,
lalu dibuang begitu sahaja,

Aku lelah diatas usaha aku keatas manusia yang hanya melihat aku berusaha tanpa dia juga berusaha keatas aku,
tidak kah manusia tahu?
usaha itu adalah pengharapan?
aku tidak mahu ditinggal mati,
aku juga tidak mahu ditinggal tawar hati,

Masa berlalu ini,
aku cari dimana siapa juga yang meletakkan usahanya keatas aku,
mahu mengenali aku,
juga mahu mendalami aku,
aku akan lakukan usaha terus keatas kau,

aku mudah obses,
aku mudah jatuh hati,
kerna aku pemuisi,
aku juga pencinta,
jika benar kau juga mahukan aku ,
aku sedikit tak akan menghampakan kau,

jika kau hanya diatas angin,
maka aku seperti debu,
aku terbang ditinggal mati,
mati tak dikenang,
jasad terbuang,

makanya aku hidup untuk menyintai juga dicintai.
Datang lah jika benar kau juga mencintaiku.

No comments:

Post a Comment