Sunday, 23 April 2017

Merindu ditakhta cinta🌈

Mengembara engkau dialam fana,
Mencari rindu yang hilang,
Rindu yang lekat dihati dulu,
Engkau sentiasa menjadi perindu,
Terkadang tersenyum sendirian,
Engkau bukan orangnya gila,
Tapi engkau sentiasa mencari dimana adanya cinta,

Rindu dipergunungan takhta hati,
Jiwa resah mendaki gunungnya,
Engkau mengeluh,
"Apakah rindu ini tinggi takhtanya
Sehingga aku perlu letih seperti ini?",
Rapuh diri mengeluh,

Apa yang ada pada rindu,
Rindu adanya si dia,
Rindu adanya segala pengharapan kepada si dia,
Rindu padanya ada kesetiaan yang mendalam kepada si dia,
Ini kerna rindu itu mahal,

Engkau saat mencintai si dia,
Setiap kali dibalas katanya si dia,
Engkau tersenyum rindu,
Rindu,
Apa lagi ada pada rindu?

Engkau ada jawapan kepada rindu,
Hatinya engkau mengalir air sungai yang Terkadangnya keruh terkadangnya biru,
Maka Tuhan menghantarkan si dia sebagai penjernih air,

Semoga Tuhan menjadikan rindu ini berkekalan,
Tuhan berikan rindu engkau ini kepada si dia agar dia tahu bahawa engkau sangat merindui si dia.

Rindu engkau dikota berekeh bertakhta.

Musafir,Bukit berekeh,24/4/17@7AM

No comments:

Post a Comment