Wednesday, 28 February 2018

:: Bersalah ::

Aku terus rasa bersalah,
kerana terlalu menampakkan,
bahawa aku mencintaimu,

adakah aku bersalah?

aku terlalu mencintaimu,
sehinggakan hatiku tidak
mampu menanggung derita mencintaimu,

sungguh,
derita yang kau sendiri tidak pernah ambil tahu,
derita yang dimana,
setiap sujud aku mendoakanmu,
setiap titisan air mataku,
keluar bila terkenangkanmu,

maafkan aku andainya aku terlalu menampakkan yang aku terlalu mencintaimu,

aku sudah mati akal dan cara
bagaimana caranya untuk aku tunjukkan kepadamu bahawa derita itu menghantuiku,

aku tak mampu bertahan lagi
diatas parut yang kembali
berdarah,

maafkan aku,
maafkan aku.

No comments:

Post a Comment