Thursday, 1 March 2018

:: menangislah lelaki ::

Kenapa air mata kau tahan?
adakah kerana keegoan?
adakah kau malu?

cukuplah lelaki sandiwara penipuan ini,
kita adalah lelaki juga manusia biasa,

hidup bernyawa,
hidup seperti insan namanya wanita,
mempunyai hati dan perasaan,

kenapa perlu tahan air mata keegoan?
sedangkan air mata memberi kesembuhan?

menangislah lelaki,
menangislah dengan luhurnya jiwamu,
menangislah diatas apa yang berlaku,
menangislah diatas apa yang berlalu,

aku tahu bertapa beratnya penderitaanmu,
aku tahu sejauh mana perjalamanmu,
aku tahu bertapa cintanya kau,
aku tahu luka dihati kau yang dipendam tanpa bicara selama ini,
jangan paksa diri untuk terlihat gagah,
sedangkan dijiwa meronta gila menahan segala nanahnya luka,
dunia ini hanya sebentar,
jangan biarkan air mata kau tidak berguna disini,

menangislah,

kerana tangisan memberikan penyembuhan diatas segala penderitaan,

ia hanya seketika cuma,
kau akan bahagia,
kau akan selalu adanya cinta,
kau akan cinta,

ya adanya cinta,
cinta yang kau idamkan,
akan ada,

kisahnya seperti adam dan hawa,
laila dan majnun,
zainuddin dan hayati,
rumi dan juli,
biarlah kekuatan kau ada,
persediaan kau kukuh,

ingat saja pesanku,
jangan pernah simpan setiap penderitaan dijiwa,
menangislah untuk jiwa yang tenang.

No comments:

Post a Comment