Satu hari nanti,
Aku berasa,
Kemungkinan kau akan kehilangan seorang lelaki,
Lelaki yang mencintaimu sepenuh hati,
Yang erat memegang hatimu,
Yang menjadikan kau tempat berkasih sayang,
Yang berharap kau bersamanya selamanya,
Yang enggan pergi tatkala kau sakiti hatinya,
Tetapi satu hari nanti,
Si lelaki itu akan pergi,
Aku juga berasa kau tak akan tangisi,
Kerna kau tak merasakan dia penting dalam kehidupan seharian,
Maka kau telah melepaskan seorang lelaki yang jarang dijumpai oleh wanita hari ini,
Kau rugi,
Maaf aku pergi,
Aku tak mengharapkan tangisanmu,
Tetapi aku hanya mengharapkan kau tidak melakukan perkara yang sama untuk lelaki yang datang selepas aku pergi.
No comments:
Post a Comment