Thursday, 1 March 2018

:: Saat aku menjemputmu ::

Saat aku menjemputmu,
suatu hari nanti,
aku berharap kau membuka matamu
buatku,
melihat sejauh mana tulusnya hatiku dalam mencintaimu,

biarlah masa lalu kau tidak melihat aku,
tetapi aku berharap kau menghargai pengorbanan aku lalu menerima aku disaat ini,

kau sentiasa ada didalam mimpiku,
ada didalam ingatan malahan kuatnya kau ada ada didalam jiwaku,

kau selalu ada dan menjadi kecintaan aku dalam menempuhi keperitan hidup ini,

biarlah kau tidak melihat aku dimasa ini,
aku maafkanmu,
aku redha diatas apa yang berlaku pada masa ini,
aku tahu,kau tidak sedar usaha aku dan lelahnya aku dalam mendapatkan dirimu,

aku masih cintakanmu sejak bertahun lalu,

aku harap kau sedari itu,

salam musafir dari aku.

:: Kemungkinan ::

Satu hari nanti,
Aku berasa,
Kemungkinan kau akan kehilangan seorang lelaki,

Lelaki yang mencintaimu sepenuh hati,

Yang erat memegang hatimu,

Yang menjadikan kau tempat berkasih sayang,

Yang berharap kau bersamanya selamanya,

Yang enggan pergi tatkala kau sakiti hatinya,

Tetapi satu hari nanti,

Si lelaki itu akan pergi,

Aku juga berasa kau tak akan tangisi,
Kerna kau tak merasakan dia penting  dalam kehidupan seharian,

Maka kau telah melepaskan seorang lelaki yang jarang dijumpai oleh wanita hari ini,

Kau rugi,

Maaf aku pergi,

Aku tak mengharapkan tangisanmu,

Tetapi aku hanya mengharapkan kau tidak melakukan perkara yang sama untuk lelaki yang datang selepas aku pergi.

:: Satu kata ::

Satu kata,
Aku tidak perlukan kau yang sempurna,
Dan aku tidak suka bandingkan dengan manusia yang lain,
Diri kau sendiri adalah kecintaan aku,

Maka jangan kau rendahkan diri,
Jangankan kau salahkan diri,
Kau adalah kecintaan aku,
Aku berdoa.

:: Malam ::

Aku bagaikan malam,
Kau bagaikan bintang,
Maka tidak indah pada malam,
Jika tiada bintang,
Begitu juga,
Jika kau tidak mendekati aku,
Kau tidak akan melengkapi aku,
Fahami aku?

:: Lelah ::

Aku lelah lagi,
Aku tahu,
Aku yang mengemis,
Aku budak jalanan,

Kau tidak endahkan aku,
Kerna aku seorang pengemis,
Tiada harta,
Tiada apa yang dapat aku berikan,

Tetapi aku telah meletakkan hatiku untukmu,

Kau membiarkan hatiku,
Bersendirian,
Memburu kasih sendirian,

Adakah harga hatiku murah bagimu?

Tanya dirimu,

Aku sedar diri,
Aku tahu dimana aku berdiri.

:: mengemis ::

Aku sedar,
Aku yang mengemis kasihmu,
Meminta untuk dicintai,

Tetapi itu tidak bermakna kau
Tidak perlu memahami aku,
Dalam setiap baitku,
Ku susun dengan jelas,
Harapkan kau memahami,

Akhirnya kau tak menyelami,
Kasih yang ku minta kepadamu,
Kini aku diam,
Agar kau tahu,
Aku tidak datang mengemis
Hina kasih orang,

Agar kau hargai aku dan fahami aku,

"Cinta datang untuk difahami dan mendalami,
Cinta tidak datang bermain diatas angin,
Cinta tidak datang dengan sengajanya,
Cinta datang bersebab,
Kau hargai aku,
Aku hargai kau,
Bantu dalam hubungan ini.

:: menangislah lelaki ::

Kenapa air mata kau tahan?
adakah kerana keegoan?
adakah kau malu?

cukuplah lelaki sandiwara penipuan ini,
kita adalah lelaki juga manusia biasa,

hidup bernyawa,
hidup seperti insan namanya wanita,
mempunyai hati dan perasaan,

kenapa perlu tahan air mata keegoan?
sedangkan air mata memberi kesembuhan?

menangislah lelaki,
menangislah dengan luhurnya jiwamu,
menangislah diatas apa yang berlaku,
menangislah diatas apa yang berlalu,

aku tahu bertapa beratnya penderitaanmu,
aku tahu sejauh mana perjalamanmu,
aku tahu bertapa cintanya kau,
aku tahu luka dihati kau yang dipendam tanpa bicara selama ini,
jangan paksa diri untuk terlihat gagah,
sedangkan dijiwa meronta gila menahan segala nanahnya luka,
dunia ini hanya sebentar,
jangan biarkan air mata kau tidak berguna disini,

menangislah,

kerana tangisan memberikan penyembuhan diatas segala penderitaan,

ia hanya seketika cuma,
kau akan bahagia,
kau akan selalu adanya cinta,
kau akan cinta,

ya adanya cinta,
cinta yang kau idamkan,
akan ada,

kisahnya seperti adam dan hawa,
laila dan majnun,
zainuddin dan hayati,
rumi dan juli,
biarlah kekuatan kau ada,
persediaan kau kukuh,

ingat saja pesanku,
jangan pernah simpan setiap penderitaan dijiwa,
menangislah untuk jiwa yang tenang.