Tuesday, 24 October 2017

ayat al-quran untuk kita

Pentadabburan kita kepada al-quran bukan untuk kepentingan kita,mahupun kepentingan agama kita sahaja,

Kegunaan pentadabburan al quran itu MESTIlah perlu lah direfleksikan kepada diri dan agama kita kembali,

Sejauh mana kita mendalami al quran untuk kebaikkan agama kita??

Menggunakan ayat-ayat Allah untuk diri kita,
Lalu menyalahkan orang yang tidak memeluk agama kita,

Itu bukan lah keutamaan, dan jatuh salah atas pandangan yang lainnya,

Yang menjadi keutamaan ialah merefleksikan kembali ayat Allah kepada orang yang berada didalam agama Allah ini,

Membetulkan diri lalu memulihkan kembali lobang-lobang tahi agamawan yang menggunakam agama atas kepentingan diri,

Kecelakaan melanda ummat,

Pentadabburan ayat al quran dengan sebenar-benarnya akan membetulkan kesilapan diri dan menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat sekeliling,

Lalu mendambakan kerinduan tuhan,
Meluahkan segala keresahan jiwa kepada yang esa,

Tuhan ampunkan kami.🚶

Friday, 20 October 2017

Ada terasa tiada

Bermulanya dugaan,
Aku terus kuat,
Menghayunkan kaki,
Mencampakkan ego,
Mengheret diri,
Demi kepentingan kita bersama,
Lalu ku depani realiti,
Realiti kehidupan penuh onar,
Cinta aku,
Masih ada,
Rasa aku,
Masih ada,
Tetapi apakah,
Kau merasakan,
Seperti yang ku rasa?,
Kau biar hatiku,
Kau biar diriku,
Aku sepi,
Kau tidak menjadikan aku,
Sahabat karibmu,
Tunanganku,
Kekasihku,
Penemanku,
Aku buat kau semua seperti diatas untuk kau,
Tetapi kau lain,
Malah,
Kau gembira,
Tanpa menghiraukan aku,
Kau telah lukai aku,
Kau tidak menjadi,
Seperti apa yang diperlukan,
Bintang kepada malam,
Mentari kepada siang,
Aku harap kau baca ini,
Untuk kehidupan kita selepas ini,

Semoga tuhan menjaga cinta kita wahai sayangku,ameen.🚶

Aku terus bermusafir.🚶

Monday, 16 October 2017

Lelaki bukan harapanmu

Sedar dari lenaku,

Aku lelaki bukan harapanmu,
Aku bukannya lelaki yang berhati seperti yang kau harapkan,

Aku bukannya lelaki yang ada rupa parasnya,
Cuma debu permusafiran melitupi tubuh badanku,

Aku bukanlah lelaki yang mengetahui erti cinta,
Kerna permusafiranku,ku bersendirian,

Aku bukan lelaki harapanmu,
Punya harta selautan untuk memberikanmu kemewahan kehendak hati,

Aku bukannya lelaki harapanmu,
Pangkat sehingga menampakkan gah disini sana,

Aku bukanlah lelaki harapanmu,
Yang mampu membuatkan mu ketawa sepanjang masa,
Mahupun sepanjang hayatmu,

Aku hanya musafir,
Mencari makna cinta,
Mencari makna setia,

Aku hanya lelaki yang punya perancangan,
Perancangan entah kukuh ataupun tidak,
Mengharapkan bantuan,

Kesetiaan aku yang ku ada,
Tidak dijual beli,
Hargai aku,
Cintailah aku apa adanya aku,

Maka kau tahu,
Aku bukannya lelaki harapanmu.🚶

Monday, 9 October 2017

Selamat hari tua musafir

Pejam celik,
22 tahun aku hidup,
Menikmati serta menempuhi segalanya didunia ini,
Aku berterima kasih,
Terima kasih aku tidak berpenghujung,
Sampai aku mati,
Terima kasih aku tidak akan pernah habis untuk mereka yang hadir,
Hadir membantu aku dalam menjalani liku kehidupan ini,bersama-sama mengorbankan diri memijak duri kebinasaan dunia ini,
Lalu semua itu menjadikan aku seorang manusia,
Manusia yang mengenal erti kehidupan,mengenal erti cinta,mengenal apanya sebenarnya makna kehidupan,

Allah maha besar,
Allah maha pengasih,

Sumpah aku terhutang budi diatas jasa kalian,sungguh.🚶

Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa kalian.😇

"Manusia berguna datangnya dari minda berjaya"

Selamat hari tua musafir.🚶

Teruskan bermusafir kepadaNya,
Kematian semakin hampir ,
Perbaiki diri,
Terus berbakti.😇

Friday, 6 October 2017

kecintaan

Kecintaan datang dari jiwa,
Tanpa dipaksa hala tujunya,
Siapa dia,
Sejarah apa pun dia,
Kecintaan wajib ada,

Pemilihan disampaikan melalui rasa,
Rasa yang istimewa,
Pelik sekali rasanya,
Adakala Kau tenang,
Adakala kau sakit,

Itu yang membuatkan aku bingung,
Mungkin itulah rasa sebenarnya cinta,
Tuhan menyampaikan rasa itu,
Kepada setiap insan,
Untuk menghidupkan lagi dunia,
Lalu mempelbagaikan lagi rasa cinta,

Lalu aku tulis ini dengan rasa cinta didada,
Untuk membuahkan satu kata yang tiada nilai disisi setiap manusia yang lain,
Melainkan dia juga merasakan apa yang aku rasa.🚶

Friday, 1 September 2017

Untuk dia🌻

Tenang angin membelai wajah,
Rambut ditolak angin,
Senyum diwajah,

Tapi fikiran masih berfikir,
Berfikir diatas perjalanan
Bagaimana ingin menjaga bunga kesayanganku,

Masih terasa kekurangan diri,
Masih terasa apakah pantas aku buatmu,
Masih terasa sempurnakah aku buatmu,
Adakah hidupku akan mewarnai dirimu,

Tekanan permikiran membuatkan aku memikirkan ini semua buatmu,
Maafkan aku,kerna membebankan diri untuk ini,
Inilah lelaki,selalu hilang dalam bayang sendiri,

Bertapa aku berfikir itu dan ini,
Untuk dia yang menerima aku seadanya,
Terima kasih diatas ini,
Terima kasih aku tidak pernah habis,
Tidak pernah,

Berdoa selalu kita ditemukan hingga ke syurgaNya yang indah,
Lalu kita bina mahligai kekal didalamnya,
Seindah-indah mahligai yang kita tidak pernah ada didunia ini,
Dan engkau lah bidadari yang akan selalu berada disampingku.🚶

Korban

22 tahun aku hidup diatas muka bumi ini,
hari raya korban tahun ini membuatkan aku berfikir sejenak mengenai hari ini,
seorang ayah ibrahim dan anaknya ismail dalam kemuncak ketaqwaan kepada Sang pencipta.

Menurut kisah ini,cukup menggambarkan kepada aku bertapa luasnya kesabaran yang telah dilalui oleh kedua-dua nabi Allah dalam mentaati perintah Sang pencipta.
Ini memberikan sejuta satu makna pengorbanan,iaitu :

Cinta,
Pengharapan,
Kasih sayang,
Kesabaran,
Tanggungjawab,
Kesetiaan,

Dan pelbagai lagi nilai yang tidak dapat aku jelaskan lagi,tapi itu perlu kau fikirkan,
begitu pun aku masih mahu mendalami perkara ini dengan sebenar-benarnya,

Bukan hanya melakukan korban semata-mata tanpa mengetahui nilai yang telah ada didalam peristiwa itu.

Semoga Tuhan memberikan keikhlasan diatas ibadah korban yang telah kita lakukan dan membuka pemikiran dalam menghayati peristiwa tersebut.

Salam aidil adha buat semua🌻

Daripada aku,
Luqman // pelajar tahun akhir diploma kejururawatan UiTM.


Tuesday, 18 July 2017

:: Aku cinta dia🌹 ::

Perjalanan demi perjalanan,
Mencari makna untuk kita bersama,
Apakah sudah ada cinta diantara kita?

Senyuman demi senyuman,
Seakan aku ini sudah gila,
Setiap bait yang dikeluarkan,
Bisa menyiram bunga ditamanku,

Kerinduan demi kerinduan,
Memberi makna setia,
Setia untuk menunggu ke hujung nyawa,
Ini bukan cinta mati ku didunia,
Ini hanya lah khayalan semata-mata,

Gambaran demi gambaran,
Bisa saja menguatkan aku,
Menguatkan aku untuk merentasi segalanya,
Itulah gambaran cintaku untuk dirinya,

Rancangan demi rancangan,
Untuk kehidupan kita bersama,
Mengajarku untuk cekalkan jiwa dan raga,
Terus mengorak langkah demi tercinta,

Kesedihan demi kesedihan,
dia pengubat derita,
Memberi nafas lega,
Menjahit segala luka,
Itulah dia,
dia yang ku cinta🚶

-musafirpencinta-
24/7/17
UiTM kampus puncak alam🌹

Tuesday, 2 May 2017

:: Kesunyian ::

Terduduk aku dipersisiran sungai kesunyian,
Ditemani belaian kucing,
Mereka seakan tahu apa yang tersirat dihati,
Ditemani juga gelak ketawa manusia,
Aku seakan terus menyepi dan mati ditelan suasana,

Sambil melihat air mengalir,
Sambil itu aku memikirkan tentang situasi apakah aku ini?,
Didalam dunia manakah aku ini?,
Menangis jiwa,
Terbuka luka,
Mengharap ditutup dan lupus ditelan memori sampah dahulu,

Hati bertanya kepada diri,
Adakah ini suatu kecelakaan?,
Kecelakaan diatas kegembiraan aku yang dahulu?,
Terus mengiang-ngiang soalan itu,
Sudah lama aku disini,
Menanggung derita kesunyian yang sudah busuk bernanah?,

Mungkin juga ini satu ujian dalam perjalanan meniti arus kehidupan,
Kata diri,
Mungkin juga dengan ini kita akan terus belajar berdikari,
Mungkin untuk terus kita berfikir menumbuhkan kematangan,
Tuhan sayangkan hambaNya,

Menangislah dalam doa tatkala tiada bahu untuk ditangisi,
Berdukalah dalam kesunyian tatkala terang sudah hilang,
Tutuplah mata yang mengalirnya sungai kesedihan,
Laplah ia dengan tisu kebahagia,
Itu mungkin memberi cahaya kebahagiaan,
Kata diri kepada hati,

Kesunyian akan terus menyelebungi,
Air mata akan terus mengalir,
Hati terus berdarah,
Jiwa terus tersiksa,
Tapi ini bukanlah derita berpanjangan,
Tapi ini perjalanan menuju kematangan yang lebih ampuh
Dalam membina diri lebih utuh,

Matahari terbit dan tenggelam,
Bulan terus menerangi diwaktu malamnya,
Bintang menjadi saksi,
Semoga hadirnya cahaya menyuluh kesunyian ini,

Lap air mata,
Terus berjalan,
Tutup segala duka,
Dan kecewa,
Redha Allah untuk hambaNya semua,ameen.

2/5/2017,9 :40 pm,persisiran sungai perak,lembah.

Sunday, 23 April 2017

Merindu ditakhta cinta🌈

Mengembara engkau dialam fana,
Mencari rindu yang hilang,
Rindu yang lekat dihati dulu,
Engkau sentiasa menjadi perindu,
Terkadang tersenyum sendirian,
Engkau bukan orangnya gila,
Tapi engkau sentiasa mencari dimana adanya cinta,

Rindu dipergunungan takhta hati,
Jiwa resah mendaki gunungnya,
Engkau mengeluh,
"Apakah rindu ini tinggi takhtanya
Sehingga aku perlu letih seperti ini?",
Rapuh diri mengeluh,

Apa yang ada pada rindu,
Rindu adanya si dia,
Rindu adanya segala pengharapan kepada si dia,
Rindu padanya ada kesetiaan yang mendalam kepada si dia,
Ini kerna rindu itu mahal,

Engkau saat mencintai si dia,
Setiap kali dibalas katanya si dia,
Engkau tersenyum rindu,
Rindu,
Apa lagi ada pada rindu?

Engkau ada jawapan kepada rindu,
Hatinya engkau mengalir air sungai yang Terkadangnya keruh terkadangnya biru,
Maka Tuhan menghantarkan si dia sebagai penjernih air,

Semoga Tuhan menjadikan rindu ini berkekalan,
Tuhan berikan rindu engkau ini kepada si dia agar dia tahu bahawa engkau sangat merindui si dia.

Rindu engkau dikota berekeh bertakhta.

Musafir,Bukit berekeh,24/4/17@7AM

Wednesday, 5 April 2017

Maafkan aku,aku bukan ulama dan aku bukan ma'sum

Nampak seperti biasa saja,
Mereka seakan lupa apa yg telah diluahkan mulut mereka sendiri,
Bila diingatkan kembali katanya itu dulu,
Dimana perjuangan yang dijanjikan untuk kami dulu?

Aku masih termenung melihat anak-anak ditepian menjual makanan mukanya menagih simpati untuk dibeli makanannya,
Tiada pelajaran,hanya itu dilakukan untuk terus hidup,
Pernah juga aku tertanya,
Salah siapa ini?
Bergenang air mata,
Dimana nasib kami kata mereka yg berada ditepian,

Dimana janji kebajikan yang dijanjikan?
Apakah engkau lupa?
Kami ini yang sentiasa berada dibelakangmu,
Akhirnya kau mengkhianati lalu melukai hati,
Rasanya seperti dihiris hiris nipis,
Amat susah dijahit semula,
Kejamnya engkau!!

Dulu cakap lain sekarang cakap lain,
Engkau kejam,
Maafkan aku,
Aku bukan ulama dan aku bukan ma'sum.

Sunday, 26 March 2017

:: Merendahkan diri dalam setiap sudut ::

Petikan daripada buku "Negeri rausyanfikr" mmbuatkan aku tersentak lalu mencermin diri ini.

Apa guna belajar setinggi tingginya tapi merasakan kita sahaja yang betul.
Apa guna asas agamanya hebat tetapi jalannya mndabik dada sprti mngatakan dia tidak pernah salah.
Itulah realitinya hari ini.

Demikian aku hnya menyimpulkan petikan ini,cukuplah sekadar merendahkan diri kita dalam setiap apa sahaja yg kita lakukan.wallahua'lam

Kehilangan😢

"Kehilangan"

Jika orang bertanya kepada aku tentang perkara yang aku amat sedih dalam kehidupan ini maka aku akan menjawab

"aku pernah merasai kehilangan Allah disisi,bukan kerna Allah tidak bersamaku disisi.
Akan tetapi aku sendiri menjadi penyebabnya,lalai dalam ketaksuban mencari kesenangan didalam hidup ini dan perkara ini sering berlaku."

Student nurse UiTM luqman,
21/3/17,8:23 malam.

:: Nilai ketaksuban dalam diri ::

Berapa ramai manusia hari ini pendek akal dan mati hatinya kerana ketaksuban yg melampau,maka kita dapat melihat manusia-manusia ini sentiasa memaki hamun ada yang lebih pedih dngn mngambil alih kerja tuhan,sedap mulut mereka mengatakan orang ini kafir dan sebagainya.

Apakah ini yg dianjurkan oleh agama islam yg murni ini? Adakah dengan akhlak seperti ini kita mahu menarik non muslim kepada kita?

Ini sama sekali tidak akan terjadi..perbalahan disana sini mahupun dipihak yang benar ataupun salah, kedua-duanya menunjukkan ketaksuban yg melampau.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan redha diatas perjalanan hidup ini.

-musafir-

Suara perubahan untuk kedamaian🌷

Orang tidak dapat menerima perubahan kearah kemajuan dan pembaik pulihkan ini adalah orang yang keras hatinya untuk menerima pendapat.Orang seperti ini hanya kira pendapat dia sahaja yang benar dalam setiap sudut dan jika ada orang bawahan yang memberi pendapat,itu baginya tidak benar dan tidak diterima.

Lalu apakah yang dilakukan oleh manusia seperti ini?mereka selalu bercerita dibelakang kita ini itu dan sebagainya.
Mengata dan memaki dibelakang kita tanpa mendapatkan penjelasan dari kita.
Mulut tertutup,hati mengata,mata tidak melihat,telinga dipekakkan

Akalnya dilutut.

"Entah sampai bila malaysia nak maju,kalau ada orang yang takut akan perubahan"

Sekian.

-musafir-

Wednesday, 15 February 2017

Saya tanya sahaja😝

Rakyat hidup merana,
Kepala pusing merata,
Sibuk dok cerita sini sana,
Jiran sebelah kebuloq tak terkata,
Bukan sebab apa,
Mata buta tak nampak susah mereka menderita seksa,

Alasan demi alasan dikeluarnya,
Sat dok mengkapiaq orang bagai nak gila
Sampai terpecik ayaq lioq dekat muka,
Celaka nak kata,
Bukan saja nak kata tapi
Pedihnya hati yg rasa,
Cukup lah atas segala sandiwara,

Tak la diri ni sempurna,
Tapi hati dan minda bertanya
Adakah kita buta hati dan mata
Sampai sahabat sendiri dianiaya,

Buka mata dan lihat sambil berfikir sejenak apakah ini disebabkan pilihan raya,
Saya tnya sahaja

Salam reformis dari saya

Sunday, 15 January 2017

Si Penunggu cinta🌹

Maafkan aku,
Seandainya aku membuat engkau menolak aku disini...

Maafkan aku,
Disetiap detik aku selalu
memikirkanmu...

Maafkan aku,
Hati ini masih teguh berdiri
Dalam menjadi seorang pencinta...

Maafkan aku,
Jiwa ini selalu meronta apabila
Teringatkanmu...

Maafkan aku,
Mata ini selalu ingin melihatmu...

Maafkan aku,
Maafkan aku,
Maafkan aku,

Maafkan aku,
Dalam menjadi penunggu,
Disetiap hari dalam mencintaimu, bagaikan seribu tahun aku menunggumu,
Aku meratapi kesedihan hati,
Air mata mengalir apabila mengenang kembali saat aku mula jatuh hati padamu...

Maafkan aku,
Pernah aku terlintas disejenak
pemikiran aku tidak layak buatmu,
Tapi engkau meminta aku untuk pergi,
Mana mungkin,
Mana mungkin,aku bisa pergi tanpa menggenggam cinta yang pernah aku simpan didalam hati selama bertahun ini.

Mudah diluahkan dari hatimu,
Tapi aku yang menanggung cinta yang ku pegang erat selama ini,
Bertahun aku menahan ia,
Bertahun aku mencuba,
kau tidak tahu apa yang aku rasa.

Maafkan aku diatas menyimpan cinta yang bertahun ini,

Aku bisa pergi sehingga engkau telah menjadi milik orang...
Percayalah,aku akan terus bahagia melihat engkau disamping yang harus mendapatkan cintamu yg sebenar.

Salam musafir dari aku🌹