Wednesday, 25 April 2018

:: Pertama kali ::

Fokus dalam kerjaku,
ku lihat kiri,
ku lihat kanan,

seolah tidak percaya,
kau ada disisi menemani,
dengan senyuman kemarau lama,
aku tunggu saat itu,

hatiku bagai dilangit tinggi,
bersamanya pemandangan indah,
aku diawang-awangan,
tuhan apakah ini?

aku yakin ini hanya permainan setan,
tetapi bila kau ada disisi,
itu saja kecintaan,

kau bilang,
kita tidak pernah ketemu,
tetapi kali ini,
kita ketemu untuk pertama kali dimataku,

jangan risau bungaku,
kau disisi penuh kasih dan sayang,
menjaga aku disaat semuanya pergi,
aku terbaring disana,
hanya menanti mati,

kau selimutkan aku,
dengan kain putih,
disertakan bau mawar,
masih segar dalam ingatakanku,

tuhan jangan kau hilangkan petemuan pertama aku dan dia semalam.

Wednesday, 18 April 2018

::Kerna aku pemuisi dan pencinta ::

Hakikat yang membawa terus aku kesini,
memikirkan bertapa sakitnya kehilangan,
aku tidaklah mudah untuk hakikat sebesar ini,

Allahu,

Masih berfikir,
aku hanya debu yang ditolak angin,
tidak tahu hala tujunya,
aku juga hanya daun yang dipetik,
bila-bila masa sahaja,
lalu dibuang begitu sahaja,

Aku lelah diatas usaha aku keatas manusia yang hanya melihat aku berusaha tanpa dia juga berusaha keatas aku,
tidak kah manusia tahu?
usaha itu adalah pengharapan?
aku tidak mahu ditinggal mati,
aku juga tidak mahu ditinggal tawar hati,

Masa berlalu ini,
aku cari dimana siapa juga yang meletakkan usahanya keatas aku,
mahu mengenali aku,
juga mahu mendalami aku,
aku akan lakukan usaha terus keatas kau,

aku mudah obses,
aku mudah jatuh hati,
kerna aku pemuisi,
aku juga pencinta,
jika benar kau juga mahukan aku ,
aku sedikit tak akan menghampakan kau,

jika kau hanya diatas angin,
maka aku seperti debu,
aku terbang ditinggal mati,
mati tak dikenang,
jasad terbuang,

makanya aku hidup untuk menyintai juga dicintai.
Datang lah jika benar kau juga mencintaiku.

Tuesday, 17 April 2018

:: Sebenarnya ::

Sebenarnya,
kau,aku hajati,
didalam jiwa yang penuh kehinaan,
aku sedar,
aku bukan lah sesiapa,

maka dengan itu,
aku sertakan kata ini,
kau bunga didalam hatiku,
bunga yang tidak dapat disentuh oleh aku sendiri.

selamat malam dunia.

:: Merajuk ::

Aku akan merajuk,
bila tiba masanya,
saatnya hati aku mula sakit,

merajuk dengan segala pengharapan aku terhadap manusia,
pengharapan itu baik pada hakikatnya,
hanya manusia yang memburukkan ia,
lalu menakutkan manusia lain untuk meletakkan harapan,

pengharapan dasarnya dari tuhan,
ku harap,
manusia lebih membuka mata,
atas baiknya pengharapan,

biar saja apa terjadi,
aku akan terus bermusafir,
teguhkan pendirian,
jika kau kembali mencari aku,
aku akan kembali juga kepada kau.

:: Pengusaha ::

Pengusaha,
maknanya seorang yang mengusahakan sesuatu,

adakah kau tidak tahu?
bahawa didalam setiap sosok tubuh pengusaha adanya pengharapan,
pengharapan diatas apa yang tengah diusahakan,

mana mungkin tiada harapan yang diletakkan didalam jiwanya walaupun sedikit,

begitu lah aku,
sejak dulu,
aku menjadi pengusaha,
pengusaha dalam mendalami hati manusia lain,
tetapi aku?

aku,
tidak satu manusia pun yang mahu meletakkan usahanya terhadap aku,
perih jiwaku,
berbalut luka,
tiada siapa yang tahu,

makanya kau ingin saja melihat sosok tubuh aku,
yang dibaluti luka,
dibanjiri darah kesedihan,
mengusaha atas kau,
tanpa kau pula meletakkan usaha diatasnya?

adakah itu tidak dinamakan zalim?
aku lagi hina,
udah lah tiada apa,
mengusaha saja cinta yang ada,
tapi tiada apa yang ku dapat,
hina benar aku,

biarlah pengusaha ini tidak kaya-raya,
hidup apa yang ada saja,
biar saja,

pengusaha ini ada pendirian teguh jiwanya,
tepat janjinya,
biar setia ditusuk pisau,
pengusaha masih gah,
dalam jiwa sebagai pencinta.

"jiwaku tenat,nafasku lelah,badanku lemah,
berharap harapan masih ada,
dalam jiwa sebagai pencinta".

Lembah kenangan,perak.
17 April 2018.

Wednesday, 11 April 2018

:: Kau jauh nun disana ::

Kau nun jauh disana,
kau sentiasa dalam pandanganku setiap waktu,
melihat indahnya kecintaan aku kepada kau ditaman sana,
adakah aku dilamun cinta lagi?
sudah yang keberapa kali ini?
aku berharap ini yang terakhir buatku,

Tetapi aku bermimpi,
kita bersama ditaman,
dimana kau kembang dan aku kumbang,
kita sedang bergembira,

tiba disatu sudut,
ada si kumbang lain yang megah terbang diawangan,
kau berbelah hati memilih dia atau aku,

maka disaat itu,
aku memadamkan segala pengharapan aku,
aku menundukkan segalanya didalam jiwa yang penuh cinta,
lalu hatiku ditimpa hujan lebat tak terkata dek mulut,
tak terfikir dek akal,

aku tidak mampu untuk berada didalam situasi berat seperti itu,
bukan bererti aku mengalah,
bukan bererti aku lemah,

tetapi sedari aku siapa aku,
sedari juga aku,
dimana tempat aku berdiri dihatimu,
aku hanya si kumbang biasa,
hina dimatamu,

aku tidak mengalah,

aku cuma melepaskan pengharapan aku yang menggunung,
juga kecintaan aku sedalam lautan,
untuk dinilai oleh kau,

lalu hatiku meringkih kegilaan.

Tuesday, 10 April 2018

:: Saat ini ::

Saat ini,

aku tidak lagi bangkit untuk diri mahupun manusia lain,

aku hanya bangkit kepada mereka yang meletakkan usahanya keatas aku,

aku juga manusia,
aku juga punya rasa,

jika aku yang berusaha hingga ke akhirnya,
tetapi kau hanya diam,

itu tidak akan terjadi apa-apa,

bagai debu yang berterbangan saja,

yang tinggal hanya janji manis.

Thursday, 1 March 2018

:: Saat aku menjemputmu ::

Saat aku menjemputmu,
suatu hari nanti,
aku berharap kau membuka matamu
buatku,
melihat sejauh mana tulusnya hatiku dalam mencintaimu,

biarlah masa lalu kau tidak melihat aku,
tetapi aku berharap kau menghargai pengorbanan aku lalu menerima aku disaat ini,

kau sentiasa ada didalam mimpiku,
ada didalam ingatan malahan kuatnya kau ada ada didalam jiwaku,

kau selalu ada dan menjadi kecintaan aku dalam menempuhi keperitan hidup ini,

biarlah kau tidak melihat aku dimasa ini,
aku maafkanmu,
aku redha diatas apa yang berlaku pada masa ini,
aku tahu,kau tidak sedar usaha aku dan lelahnya aku dalam mendapatkan dirimu,

aku masih cintakanmu sejak bertahun lalu,

aku harap kau sedari itu,

salam musafir dari aku.

:: Kemungkinan ::

Satu hari nanti,
Aku berasa,
Kemungkinan kau akan kehilangan seorang lelaki,

Lelaki yang mencintaimu sepenuh hati,

Yang erat memegang hatimu,

Yang menjadikan kau tempat berkasih sayang,

Yang berharap kau bersamanya selamanya,

Yang enggan pergi tatkala kau sakiti hatinya,

Tetapi satu hari nanti,

Si lelaki itu akan pergi,

Aku juga berasa kau tak akan tangisi,
Kerna kau tak merasakan dia penting  dalam kehidupan seharian,

Maka kau telah melepaskan seorang lelaki yang jarang dijumpai oleh wanita hari ini,

Kau rugi,

Maaf aku pergi,

Aku tak mengharapkan tangisanmu,

Tetapi aku hanya mengharapkan kau tidak melakukan perkara yang sama untuk lelaki yang datang selepas aku pergi.

:: Satu kata ::

Satu kata,
Aku tidak perlukan kau yang sempurna,
Dan aku tidak suka bandingkan dengan manusia yang lain,
Diri kau sendiri adalah kecintaan aku,

Maka jangan kau rendahkan diri,
Jangankan kau salahkan diri,
Kau adalah kecintaan aku,
Aku berdoa.

:: Malam ::

Aku bagaikan malam,
Kau bagaikan bintang,
Maka tidak indah pada malam,
Jika tiada bintang,
Begitu juga,
Jika kau tidak mendekati aku,
Kau tidak akan melengkapi aku,
Fahami aku?

:: Lelah ::

Aku lelah lagi,
Aku tahu,
Aku yang mengemis,
Aku budak jalanan,

Kau tidak endahkan aku,
Kerna aku seorang pengemis,
Tiada harta,
Tiada apa yang dapat aku berikan,

Tetapi aku telah meletakkan hatiku untukmu,

Kau membiarkan hatiku,
Bersendirian,
Memburu kasih sendirian,

Adakah harga hatiku murah bagimu?

Tanya dirimu,

Aku sedar diri,
Aku tahu dimana aku berdiri.

:: mengemis ::

Aku sedar,
Aku yang mengemis kasihmu,
Meminta untuk dicintai,

Tetapi itu tidak bermakna kau
Tidak perlu memahami aku,
Dalam setiap baitku,
Ku susun dengan jelas,
Harapkan kau memahami,

Akhirnya kau tak menyelami,
Kasih yang ku minta kepadamu,
Kini aku diam,
Agar kau tahu,
Aku tidak datang mengemis
Hina kasih orang,

Agar kau hargai aku dan fahami aku,

"Cinta datang untuk difahami dan mendalami,
Cinta tidak datang bermain diatas angin,
Cinta tidak datang dengan sengajanya,
Cinta datang bersebab,
Kau hargai aku,
Aku hargai kau,
Bantu dalam hubungan ini.

:: menangislah lelaki ::

Kenapa air mata kau tahan?
adakah kerana keegoan?
adakah kau malu?

cukuplah lelaki sandiwara penipuan ini,
kita adalah lelaki juga manusia biasa,

hidup bernyawa,
hidup seperti insan namanya wanita,
mempunyai hati dan perasaan,

kenapa perlu tahan air mata keegoan?
sedangkan air mata memberi kesembuhan?

menangislah lelaki,
menangislah dengan luhurnya jiwamu,
menangislah diatas apa yang berlaku,
menangislah diatas apa yang berlalu,

aku tahu bertapa beratnya penderitaanmu,
aku tahu sejauh mana perjalamanmu,
aku tahu bertapa cintanya kau,
aku tahu luka dihati kau yang dipendam tanpa bicara selama ini,
jangan paksa diri untuk terlihat gagah,
sedangkan dijiwa meronta gila menahan segala nanahnya luka,
dunia ini hanya sebentar,
jangan biarkan air mata kau tidak berguna disini,

menangislah,

kerana tangisan memberikan penyembuhan diatas segala penderitaan,

ia hanya seketika cuma,
kau akan bahagia,
kau akan selalu adanya cinta,
kau akan cinta,

ya adanya cinta,
cinta yang kau idamkan,
akan ada,

kisahnya seperti adam dan hawa,
laila dan majnun,
zainuddin dan hayati,
rumi dan juli,
biarlah kekuatan kau ada,
persediaan kau kukuh,

ingat saja pesanku,
jangan pernah simpan setiap penderitaan dijiwa,
menangislah untuk jiwa yang tenang.

Wednesday, 28 February 2018

:: Bersalah ::

Aku terus rasa bersalah,
kerana terlalu menampakkan,
bahawa aku mencintaimu,

adakah aku bersalah?

aku terlalu mencintaimu,
sehinggakan hatiku tidak
mampu menanggung derita mencintaimu,

sungguh,
derita yang kau sendiri tidak pernah ambil tahu,
derita yang dimana,
setiap sujud aku mendoakanmu,
setiap titisan air mataku,
keluar bila terkenangkanmu,

maafkan aku andainya aku terlalu menampakkan yang aku terlalu mencintaimu,

aku sudah mati akal dan cara
bagaimana caranya untuk aku tunjukkan kepadamu bahawa derita itu menghantuiku,

aku tak mampu bertahan lagi
diatas parut yang kembali
berdarah,

maafkan aku,
maafkan aku.